

Perkhidmatan percetakan offset mampu menghasilkan produk dengan kuantiti yang banyak dalam tempoh yang singkat seperti flyers, buku, buku bil, bisnes kad, letterhead dan sebagainya
Untuk percetakan digital lebih kepada cetakan yang sederhana diaman proses produksi lebih mudah dan pantas. Cetakan ini menghasilkan produk seperti kad kahwin, sticker produk, poster, dan pelbagai lagi.


Percetakan “Large Format Inkjet” menawarkan kualiti dengan saiz lebar sebesar 12 kaki. Jenis percetakan ini termasuklah tarpaulin, kanvas, sticker kualiti besar, poster dan lain-lain lagi..
Mesin ukiran laser ialah proses mengukir reka bentuk, huruf atau nombor pada bahan menggunakan pancaran laser. Mesin ukiran ini menggunakan sistem automatik untuk mencapai potongan dan ukiran yang tepat pada pelbagai bahan, termasuk logam, kayu, kaca dan plastik
