Skip to main content

Latar Belakang Syarikat 

Profusion Printing didaftarkan pada tahun 2019 yang mana
ia beroperasi atas talian di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Setelah seta-
hun,pengurus membuka kedai di kampung halaman dan dinamakan
“ One Stop Printing,Dungun” dibawah nama Profusion Printing. Dan
seterusnya ia beroperasi penuh di Lot 2944-C, Jalan Lapangan Ter-
bang, Batu 49, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.


Fokus utama ialah menjadi sebuah syarikat percetakan yang mampu bersaing secara sihat. Berbekalkan pengalaman usahawan muda Muhammad Hanif Bin Norulalzahar,25, di bidang percetakan selama beberapa tahun. Kini syarikat telah
berkembang maju dan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.


Misi & Visi

MISI

Sebagai syarikat  yang bersedia untuk menyelesaikan keperluan media cetak, One Stop Printing,Dungun mensasarkan pertambahan bilangan pelanggan tetap yang konsisten. Kami juga menyusun strategi pemasaran yang dinamik dalam  memberikan perkhidmatan terbaik dari sudut idea yang kreatif, kualiti percetakan dan kemampuan memenuhi kehendak pelanggan pada masa kini dan juga harga yang berpatutan. 


One Stop Printing Dungun juga, menjaga Kepuasan hati pelanggan, dari aspek hasil kerja dan layanan mesra sebagai satu keutamaan kami.

VISI

Menjadikan One Stop Printing sebagai satu - satunya syarikat yang menawarkan harga yang terbaik, dan dapat membantu peniaga - peniaga yang memerlukan alat untuk mempromosikan jualan mereka dengan harga yang mampu milik.

One Stop Printing Dungun juga ingin menjalinkan  hubungan baik dengan mana - mana syarikat Percetakkan yang ingin bersama - sama kami. 

Latar Belakang Pengurus

Muhammad Hanif Bin Norulazhar

Pendidikan

  • Sekolah Kebangsaan Paka ( Tahun 1 -Tahun 6 )
  • Maahad Butth Islamiyah Egypt Mesir ( Ting 1 -Ting 5 )
  • University Al-Azhar Egypt Diploma Arabic Language 


Penglaman Bekerja

  • Makarem Travel & Tour ( Tourist Guide  & Translate )
  • Hazar Hitech Trading ( Manager )
  • Petron Paka Fuel Pump ( Manager )